Jumlah negeri yang terkesan akibat banjir meningkat kepada tujuh negeri berbanding enam pada Selasa.
Dalam kemas kini di laman sesawang Info Bencana JKM, sehingga jam 8 malam Selasa, jumlah keseluruhan mangsa banjir di tujuh negeri seramai 3,233 mangsa membabitkan 1,015 keluarga.